Pemuda Umno terus perjuangkan i-Citra RM10,000

0
2
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media Pemuda UMNO di Bangunan UMNO hari ini.

PEMUDA Umno akan meneruskan tuntutan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan itu akan dibincangkan lebih lanjut dan terperinci dalam pertemuannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam masa terdekat.

“Isu KWSP i-Citra minima RM10,000 one-off masih diperjuangkan. Kami tetap terus buat tindakan susulan.

“YB Pekan (Datuk Seri Najib Razak) pun ada bangkitkan di Parlimen Khamis lalu.

Insya-Allah saya dan Pemuda Umno akan ada temujanji dengan CEO KWSP untuk bincang lebih lanjut mengenainya.

Terus doakan agar dipermudahkan,” katanya hari ini.

Pada 5 Julai, Pemuda Umno mengemukakan lima cadangan penambahbaikan skim i-Citra selepas menerima banyak rungutan berkenaan pelaksanaan inisiatif itu.

Beberapa hari lalu, Asyraf Wajdi dilaporkan berkata beliau akan bertemu Ketua Pegawai Eksekutif KWSP minggu depan untuk menbicarakan mekanisme bagaimana i-Citra harus dilakukan penambahbaikan.

“Ini termasuk apa yang dihasratkan oleh rakyat supaya kita dapat RM10,000 secara one-off, bukan RM1,000 secara bulanan dan terhad sehingga RM5,000 sahaja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here