Pelawak popular buat hal lagi, didakwa ceroboh rumah bekas teman wanita?

0
1

SEORANG pelawak popular tanah air didakwa menceroboh rumah bekas teman wanitanya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan daripada wanita tersebut semalam, lapor Kosmo.

Jelas beliau, kedua-dua individu terbabit dimaklumkan tidak mahu memanjangkan kes tersebut dan memilih jalan untuk berdamai.

Terdahulu, wanita tersebut memuat naik gambar pelawak berkenaan di IG Story sambil meluahkan rasa rimas dengan mendakwa masih lagi diganggu oleh lelaki itu.

Bagaimanapun, gambar berkenaan sudah dipadamkan beberapa minit kemudian selepas ianya dimuat naik.

Wanita berusia 28 tahun yang menjalankan perniagaan dalam talian mendakwa kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 malam ketika dia berada di rumah seorang diri.

Sementara itu, sumber berkata pelawak tersebut didakwa masuk ke rumah wanita itu yang tidak berkunci selepas pembantu rumahnya keluar lalu menyelongkar barang-barang rumah seperti mencari sesuatu.

“Tindakan itu menyebabkan wanita terbabit berasa tidak selesa dan terancam lalu menghalau pelawak itu keluar dari rumahnya

“Wanita itu mendakwa pelawak tersebut bertindak demikian kerana mengesyakinya membawa balik lelaki lain di rumah berkenaan,” kata sumber yang dipetik Kosmo.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here