523 daftar masuk oleh pembawa Covid-19 di Kedah

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 523 kali daftar masuk ke premis dalam di kalangan pesakit Covid-19
yang diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) di Kedah.

Sebanyak 18 peratus daripada 523 daftar masuk itu dikesan di pasar raya

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pihak berkuasa di negeri itu perlu memastikan pemantauan terhadap mereka yang disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah.

Menurut Khairy, ia susulan ada maklumat bahawa ada individu perlu menjalani HSO dikesan keluar rumah.

“Saya maklumkan kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa sebanyak 523 kali daftar masuk melalui aplikasi MySejahtera dikesan dalam tempoh seminggu.

“523 ini bukan orang tapi bilangan daftar masuk, sedangkan mereka tidak boleh keluar,” katanya di sini, hari ini.

Khairy turut meminta semua pemilik premis melaksanakan pengawasan ketat di pintu masuk premis mereka.

“Apabila ada individu yang perlu menjalani HSO dapat daftar masuk pasar raya, ia bermaksud ada pengawal keselamatan atau pun penjaga tidak memeriksa dengan teliti.

“Mereka kena semak teliti status MySejahtera sebelum dibenarkan pengunjung masuk ke pasar raya, kedai runcit dan sebagainya,” katanya. 

Khairy menegaskan nama individu tidak patuh adahan HSO itu akan dihantar kepada Jabatan Kesihatan untuk tindakan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here