Lebih 40 juta dos vaksin telah diberikan di Malaysia

0
2
Vaksin AstraZaneca di PWTC.

JUMLAH kumulatif pemberian dos vaksin Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 40,155,975 membabitkan vaksin dos tunggal dan dua dos.

Berdasarkan infografik dikongsikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba di laman Twitternya, penduduk Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi adalah seramai 18,295,014 individu.

Manakala yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah 21,938,426 individu. Daripada jumlah itu peratusan populasi dewasa yang lengkap vaksinasi adalah sebanyak 78.2 peratus dan yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos adalah 93.1 peratus.

Peratusan populasi keseluruhan penduduk yang lengkap vaksinasi pula adalah 56 peratus, manakala yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah 67.2 peratus.

Lembah Klang merekodkan peratusan populasi dewasa lengkap vaksinasi tertinggi iaitu 106.1 peratus, diikuti Labuan dengan 97.8 peratus, manakala Negeri Sembilan 93.1 peratus. 

Dua lagi negeri mencatatkan peratusan tinggi dalam populasi dewasa lengkap vaksinasi adalah Sarawak dengan 89.2 peratus dan Perlis 83.2 peratus. 

Melaka kini merekodkan 76.7 peratus penduduk dewasa lengkap divaksinasi, manakala Terengganu juga mencatatkan 76.7 peratus dan Pulau Pinang mencatat 73.7 peratus. 

Peratusan populasi dewasa lengkap vaksinasi bagi negeri lain pula adalah Johor (68.4 peratus), Kedah (60.6 peratus), Pahang (60.4 peratus), Perak (59.8 peratus) dan Kelantan (56.6 peratus). 

Sabah merekodkan peratusan populasi dewasa lengkap vaksinasi paling rendah iaitu hanya 54.4 peratus setakat semalam. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here