Gambar palsu kesesakan di Langkawi, MOTAC lapor polis

0
2

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuat laporan polis semalam susulan penularan gambar palsu di media sosial yang menggambarkan orang ramai bersesak di jeti Kuala Perlis dan Langkawi.

Laporan itu dibuat terhadap dua pemilik akaun Facebook yang memuatnaik paparan gambar palsu tersebut di media sosial masing-masing.

Menurut MOTAC gambar yang tular tersebut diambil daripada satu berita yang disiarkan pada 20 Ogos 2020.

“MOTAC menyifatkan tindakan dilakukan oleh kedua-dua pemilik akaun tersebut amatlah tidak bertanggungjawab serta boleh mengelirukan orang ramai.

“Paparan tersebut juga boleh mencemarkan imej kerajaan serta memberikan tanggapan negatif berhubung projek perintis Gelembung Pelancongan Langkawi,” kata kenyataan itu semalam.

Justeru, MOTAC memohon agar pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekiranya terbukti kedua-dua pemilik akaun itu melakukan kesalahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here