Ramai M40 gagal rayuan BPR

0
1
Peniaga menjual juadah berbuka di Bazar Ramadan di Jalan Raja Alang Kampong Bharu di Kuala Lumpur hari ini. Bazar di sini kembali meriah setelah "bercuti" tahun lalu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

RAMAI golongan M40 kecewa kerana gagal dalam rayuan mendapatkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno bertekad untuk terus membantu memperjuangkan nasib rakyat yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Asyraf Wajdi berkata, beliau telah menerima pelbagai mesej rintihan daripada mereka yang gagal dalam proses rayuan mendapatkan BPR.

“Pagi ini melayani hampir 58 mesej-mesej peribadi yang melahirkan kekecewaan akibat gagal dalam rayuan Bantuan Prihatin Rakyat.

“Kebanyakannya adalah dalam kategori M40 sebelum ini yang hilang punca pendapatan sejak awal tahun akibat PKP dan Pandemik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Asyraf Wajdi berkata, Pemuda Umno akan terus memainkan peranan untuk membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan mereka yang terkesan tidak tercicir menerima BPR.

“Dalam pertemuan dengan CEO LHDN Rabu lalu, saya dan Pemuda Umno telah menyuarakan kes-kes seperti ini dan memohon agar dipermudahkan proses rayuan termasuk dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan.

“Ini juga antara isu yang diperjuangkan dalam tuntutan rakyat. Pihak LHDN telah menyatakan komitmen dengan memanfaatkan pelbagai platform disediakan bagi tujuan rayuan.

“Kami juga mencadangkan agar ruang rayuan dibuka sepanjang masa agar tiada yang tercicir menerima manfaat bantuan yang disediakan kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here