15,549 kes harian Covid-19 hari ini

0
2

KES Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan penurunan ketara iaitu 15,549 kes baharu berbanding 17,577 semalam.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, Selangor merekodkan jangkitan harian di bawah angka 2,000 buat pertama kalinya sejak beberapa bulan iaitu 1,995 kes.

Namun Sarawak kekal negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,929 kes, diikuti Johor (2,208), Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375), Kelantan (1,214), Perak (1,120), dan Kedah (1,073).

Manakala lima negeri merekodkan kes harian tiga angka iaitu Terengganu 755, Pahang (634) , Kuala Lumpur (382), Melaka (263) dan Negeri Sembilan (131).

Sementara itu Perlis mencatatkan 33 kes baharu Covid-19, Putrajaya 31 kes dan Labuan hanya 11 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here