3 kampung di Cameron Highlands kena PKPD

0
1

TIGA kampung di Pahang serta satu di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 20 September hingga 3 Oktober 2021.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa Covid-19 di lokaliti terbabit.

Lokaliti yang dikenakan PKPD di Pahang melibatkan Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong di Lembah Bertam, Mukim Ulu Tenom di Cameron Highlands.

Sementara di Sabah membabitkan Kampung Tamu Darat di Kota Belud. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here