Adun, petugas DUN Sabah jalinan ujian calitan esok

0
1

SEMUA petugas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang terlibat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Selasa ini memulakan saringan ujian calitan mulai esok.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, berkata saringan RTK Antigen tersebut antara prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

“Selain lengkap dua dos vaksin melibatkan semua petugas dan ahli-ahli Yang Berhormat, kita juga menetapkan SOP saringan RTK Antigen.

“Semua ahli Yang Berhormat perlu membuat saringan 48 jam sebelum hari perasmian dan seawalnya hendaklah dibuat esok dan dikemukakan kepada pejabat DUN selewatnya Isnin,” katanya selepas meninjau raptai Istiadat Pembukaan Penggal Pertama DUN Sabah Ke-16 hari ini.

Mengenai SOP, Kadzim turut menasihatkan semua Adun agar tidak terlalu lama berada dalam dewan untuk mengelak jangkitan di lokasi terbabit atas saranan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Untuk itu, kita akan memendekkan tempoh persidangan dan kali ini pun ahli-ahli Yang Berhormat hanya akan membahaskan ucapan dasar Tuan Yang Terutama,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya telah memasang penghadang di tempat duduk setiap Adun bagi tujuan sama.

Mengenai jumlah kehadiran Adun, beliau berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang permohonan untuk pengecualian hadir.

“Kita maklum bahawa ada beberapa ahli Yang Berhormat juga merupakan Ahli Parlimen dan mereka masih bersidang,” katanya.

Istiadat pembukaan akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada Selasa, diikuti persidangan selama dua hari. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here