Pelancong positif Covid-19 dibawa terus ke CAC – MB

0
1
ALOR SETAR, 27 Mei -- Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PELONCONG yang dikesan positif Covid-19 sebaik tiba di Pulau Langkawi ini akan terus dibawa ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sebelum diminta menjalani kuarantin 10 hari.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) di Lapangsasar Antarabangsa Langkawi Malaysia (LISRAM).

Katanya, anggota pasukan keselamatan dan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) mencukupi bagi memantau kemasukan pelancong sebaik mereka tiba di lapangan terbang atau terminal feri, lapor Berita Harian.

“Penduduk tempatan tidak perlu risau, kita ada cukup anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA termasuk kakitangan KKM bertugas di pintu masuk.

“Jika ada yang terlepas dan dikesan positif, kita bawa terus ke CAC dan jika perlu mereka boleh dirawat di Hospital Sultanah Malihah atau memilih kuarantin di hotel atau di PKRC,” katanya selepas menyambut ketibaan pelancong di Langkawi hari ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata walaupun Langkawi telah beralih daripada Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Empat, namun pelancong masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkann.

Beliau berkata, pelancong harus mematuhi SOP dikeluarkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menjayakan projek gelembung pelancongan.

“Saya mengharapkan penduduk dan pelancong dapat memberi kerjasama dengan mematuhi SOP bagi mengelakkan penularan Covid-19 selain menjayakan projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi,” katanya.

Seramai 30,000 pelancong dijangka mengunjungi Langkawi bermula hari ini hingga 30 September ini, manakala jumlah yang berkunjung ke pulau itu sehingga hujung tahun ini pula boleh mencecah 200,000 orang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here