Covid-19: Malaysia catat 18,815 kes baharu

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

MALAYSIA mencatatkan 18,815 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes kini mencecah 2,049,750.

Berdasarkan data dikongsi di Facebook Ketua Pengarang Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak melaporkan kes tertinggi iaitu 3,660 diikuti Selangor dengan 2,718 kes.

Johor pula merekodkan 2,206 kes, diikuti Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446), Kedah (1,233) dan Kelantan (1,222).

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 1,000 ialah Terengganu (814), Pahang (712), Kuala Lumpur (493), Melaka (269), Negeri Sembilan (170), Perlis (80), Putrajaya (22) serta 11 kes di Labuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here