Adam Adli sertai PKR

0
1

AKTIVIS sosial, Adam Adli Abdul halim menyertai PKR bersama 20 lagi individu secara rasmi, hari ini.

Bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, keputusan tersebut dibuat setelah merasakan prinsip yang diterapkan PKR, bersesuaian dengan tekad politik diperjuangkannya.

Jelasnya, keputusan itu tidak dibuat dengan tergesa-gesa dan tidak didesak mana-mana pihak, sebaliknya atas dasar perkara yang diperjuangkan parti itu sendiri.

“Saya ambil masa sedikit panjang (untuk buat keputusan) agar dapat memastikan, apa pun jalan yang dipilih, asasnya kukuh, prinsipnya jelas dan matlamatnya murni.

“PKR adalah sebuah landasan politik berbilang kaum yang biarpun tidak sempurna, namun cocok dengan tekad politik yang diyakini saya hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Borang penyertaan menyertai PKR diserahkannya kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Mengulas lanjut, Adam Adli berkata, sejarah panjang PKR dari gerakan reformasi hingga perjuangan di bawah Pakatan Harapan (PH) telah mencetuskan banyak kemungkinan dan perubahan buat negara.

“Justeru, saya percaya tentu masih jauh dari selesai, tetapi ada masa depan yang boleh kita nyalakan bersama, ada ruang perubahan yang boleh kita perjuangkan bersama.

“Semoga penyertaan ini biarpun usahanya kecil, dapat memberikan sumbangan dan kebaikan berterusan kepada PKR dan PH serta semua yang mempercayai dan mendukung garis perjuangan hari ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here