Jeti Kuala Perlis jadi tumpuan hari pelancong ke Langkawi

0
1

Nurul Huda Abhar

SUASANA di Jeti Kuala Perlis hari ini rancak dengan kehadiran pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang sempena pembukaan hari pertama Langkawi menerusi projek perintis gelembung pelancongan.

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis menerusi hantaran di Facebook, berkongsi keadaan lokasi kaunter saringan ujian Covid-19 di Jeti Kuala Perlis yang menjadi tumpuan pelancong sebelum mereka menaiki feri ke pulau peranginan tersebut.

Pelancong juga diingatkan agar membeli kit ujian kendiri Covid-19 untuk dilakukan saringan sebelum dilepaskan menaiki feri.

“Suasana di sekitar kaunter saringan Ujian Kendiri Saliva di Jeti Kuala Perlis kepada para pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi.

“Peringatan kepada semua pelancong, pastikan anda beli dan bawa test kit untuk dilakukan di kaunter saringan bersama anggota kesihatan.

“Jika sudah buat RTK Antigen, bawa keputusan bersama,” kata hantaran itu hari ini.

Terdahulu, media melaporkan 2,200 pelancong tiba di Langkawi menerusi 18 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Selain itu, seramai 1,000 pelancong lagi menaiki perkhidmatan feri yang menyediakan tiga trip dan feri roro dari Terminal Feri Kuala Perlis.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan setiap pelancong yang ingin bercuti di Langkawi diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here