
MALAYSIA masih melaporkan kes kematian akibat Covid-19 melepasi 400 kes iaitu 422 kes semalam.
Daripada jumlah itu, 92 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Bagaimanapun berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, jumlah sebenar kematian akibat Covid-19 di negara ini semalam cuma lima, manakala selebihnya adalah kematian tertunggak (backlog).
Jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat ini ialah 22,009.
Kes kematian per 100,000 populasi dicatatkan dalam tempoh dua minggu menunjukkan Pulau Pinang kekal mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 17.4 peratus kes kematian.
Ia diikuti Johor 11.5 peratus, Sabah 9.2 peratus dan Kedah 8.4 peratus.
Sementara itu, seramai 1,280 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 638 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Daripada 19,495 kes harian yang dilaporkan semalam, 308 kes (1.6 Peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.
Manakala, 19,187 kes (98.4 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. – Malaysiapost
