Endemik, masyarakat perlu lebih pemahaman

0
2

Nilam Oshman

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) diharap dapat memberikan lebih pemahaman mengenai fasa endemik Covid-19 kepada masyarakat.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia supaya orang ramai tidak memandang enteng dan salah faham tentang perkara itu.

“Istilah pandemik dan endemik ini sebenarnya teknikal, bergantung kepada angka kes harian Covid-19 dan ujian saringan.

“Contoh kita melihat kes Covid-19 yang makin menurun, ia berdasarkan kepada ujian saringan dan angka kes yang betul.

“Jadi pada pendapat saya tak kisah pandemik atau endemik, kes itu lebih kurang sama tetapi orang ramai masalahnya,” katanya kepada Malaysiapost.

Ini kerana katanya, ada yang tidak memahami serta beranggapan perubahan fasa dari pandemik ke endemik itu, seolah-olah kehidupan kembali seperti biasa.

“Malah (menganggap) penyakit Covid-19 seperti selsema biasa macam denggi, jadi tak kisah dah kemudaratan wabak ini kepada kita.

“Namun sebenarnya, ia lebih kepada  perubahan ‘approach’ iaitu ketika pandemik, dipanggil kita buat kawalan sepenuhnya seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan laksana pelbagai prosedur operasi standard (SOP).

“Sementara endemik pula bermakna kita memasuki fasa mitigasi iaitu kita kawal namun tidak secara ketat, tetapi sentiasa membuat pengawasan dan berjaga-jaga

“Kita juga perlu sentiasa bersedia pada bila-bila masa sekiranya gelombang Covid-19  baharu muncul atau kes melonjak tinggi, itu intipatinya bukan kita fikir kehidupan kembali seperti biasa… orang dah salah faham,” katanya.

Dr Zainal Ariffin memberi contoh, orang ramai seolah-olah terlupa bahawa kes harian Covid-19 masih tinggi di negara ini apabila mula melakukan aktiviti di tempat awam yang sesak susulan kelonggaran diberikan kerajaan, baru-baru ini.

Hujung minggu lalu, lokasi tumpuan awam seperti taman rekreasi dan kawasan perkelahan sesak apabila orang ramai membawa keluarga untuk beriadah sehingga dibimbangi boleh menjadi punca penularan wabak Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here