SEBANYAK 23 kes varian baharu Covid-19 dikesan UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI).
Manakala Institute for Medical Research (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 38 kes Varian Membimbangkan (VOC).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 38 kes VOC itu, 36 kes varian Delta (B.1.617.2) dan dua kes varian Beta (B.1.351).
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus Covid-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,385 kes.
“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,365 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,141 kes varian Delta, 211 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.
“Manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta,” katanya menerusi Facebook
Kes varian baharu Covid-19 VOC dan VOI mengikut negeri dari 31 Ogos hingga semalam.
Ia dilaporkan di Selangor mencatatkan 20 kes varian Delta, Sabah (17 kes Varian Delta, 2 kes varian Beta ), Johor (14 kes varian Delta), Kuala Lumpur (6 kes varian Delta), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing satu kes varian Delta. – Malaysiapost

