THAILAND telah menemui kaedah baharu ujian saringan Covid-19 dengan menggunakan peluh ketiak.
Baru-baru ini, saintis negara itu mendakwa peluh ketiak mengandungi tanda-tanda halus jangkitan Covid-19 dan boleh dijadikan kaedah baharu mengesahkan status jangkitan Covid-19, lapor CNA.
Saintis bernama Chadin Kulsing berkata peluh ketiak mengandungi tanda halus jangkitan Covid-19 berikutan individu yang virus itu mengeluarkan bahan kimia sangat berbeza.
“Kami menggunakan penemuan ini untuk menghasilkan alat mengesan bau tertentu dihasilkan bakteria tertentu pada peluh pesakit Covid-19.” kata Chadin Kulsing, saintis dari Universiti Chulalongkorn Bangkok
Para penyelidk Thailand kini sedang menghasilkan sweat-based mobile virus yang dikesan dan telah melakukan road test pada peniaga di pasar Bangkok baru-baru ini.
Chadin menjelaskan, walaupun peranti ini masih dalam tahap perkembangan (development stage), ianya 95 peratus tepat.
Beliau berharap kaedah terbaharu itu dapat dilancarkan sebagai pilihan lain untuk saringan yang lebih jimat kosnya berbanding ujian memerlukan pemprosesan makmal.
Katanya, untuk melakukan ujain Covid-19, cotton swab diletakkan di bawah ketiak selama 15 minit sebelum dimasukkan ke dalam botol kaca dan disterilkan dengan sinar UV.
Beliau menambah, pengumpulan sampel hanya mengambil masa selama 15 minit dan hasilnya siap dalam 30 saat.
“Juruteknik kemudian mengambil sejumlah sampel yang sesuai dengan menggunakan suction hose, dan menekannya dalam penganalisis untuk melihat hasilnya,” katanya. – Malaysiapost

