
MALAYSIA mencatatkan kes kematian tertinggi akibat Covid-19 melepasi 400 kes iaitu 413 kes, setakat semalam.
Daripada jumlah itu, 176 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Berdasarkan data dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat ini ialah 21,124.
Kes kematian per 100,000 populasi dicatatkan dalam tempoh dua minggu menunjukkan Pulau Pinang masih mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 17 peratus kes kematian.
Ia diikuti Johor 11.6 peratus, Sabah 9.5 peratus dan Kedah 8.7 peratus.
Sementara itu, seramai 1,301 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 687 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Daripada 16,073 kes harian yang dilaporkan semalam, 233 kes (1.5 Peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.
Manakala, 15,840 kes (98.5 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. – Malaysiapost
