Peguam pening, kena tafsir lirik lagu suami nak bercerai

0
1

NAK cerai, ceraikan saja la. Tak payahlah main tuju-tuju lagu kat isteri, rungut seorang Peguam Syariah.

Meskipun agak melucukan, namun itulah realiti yang terpaksa dihadapi Peguam Syariah dikenali Rabiatul Adawiyah Ramli.

Menerusi beberapa ciapan di Twitter, Rabiatul Adawiyah berkongsi kisah seorang suami yang menggunakan lirik lagu untuk menyatakan niat sebenar terhadap isteri yang juga anak guamnya.

“Tak memasal dengan saya sekali nak kena dengar dan fahami maksud lagu yang dituju itu. Takkan nak panggil komposor lagu untuk tafsir.

“Hahaha. Macam-macam dan peliklah perangainya pun,” ciapnya di Twitter.

Ciapan itu menarik perhatian netizen yang rata-rata menyifatkan ia kisah lucu walaupun simpati dengan nasib dihadapi pihak peguam dan mahkamah yang terpaksa mentafsir lirik lagu itu sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan.

“Lagu di sana menanti di sini menunggu ke?,” tanya seorang netizen bernama Karltzy.

“Kesian Hakim dengan pembantu dewan nak kena dengar lagu dulu,” komen Izz Aishah.

“Kalau banyak la orang guna cara tu, mesti hakim sampai hafal dah lagu tu sekali,” kata Lily pula.

Sementara itu, Rabiatul Adawiyah dalam nada sinis menasihatkan pasangan suami isteri yang berhasrat bercerai agar tidak mencipta cara baharu yang menyusahkan pihak hakim melaksanakan tugasnya.

“Tolong jangan dicipta cara baru untuk bercerai ye dengan jadikan lagu sebagai pengganti diri.

“Ingat ye. Jangan ambil remeh dengan perkara nikah cerai rujuk, tanpa sedar boleh jadi perkara tidak diingini,” ciapnya.

Beliau juga berharap perkara itu tidak berjangkit kepada pasangan suami isteri yang berhasrat kembali rujuk.

“Alang-alang pasal cerai guna lagu ni kan. Saya syak, mungkin nak rujuk pun akan guna lagu jugak.

“Jadinya, tugas saya untuk ingatkan dan tegaskan bahawa rujuk hanya sah melalui lafaz sahaja. Bukan melalui tujukan lagu, perbuatan dan sebagainya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here