Steven Sim dilantik penyelaras pengurusan Covid-19

0
1

AHLI Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dilantik sebagai penyelaras pengurusan Covid-19 antara kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan pusat.

Pengumuman itu dibuat semasa sidang media bersama antara Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini.

Sim menerusi ciapan di Twitternya berterima kasih atas lantikan tersebut dan menyifatkan ianya suatu amanah yang berat.

“Tq (terima kasih) atas lantikan sebagai koordinator pengurusan Covid-19 kerajaan negeri-persekutuan.

“Amanah berat, saya mula tugas serta merta,” ciapnya pada lewat petang tadi.

Sementara itu, dalam hantaran itu juga Sim menggariskan enam fokus utama setelah dilantik sebagai penyelaras pengurusan Covid-19 antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Fokus utama yang akan dibawa ialah menambahkan kapasiti sistem penjagaan kesihatan; menyingkatkan masa maklum balas bagi perkhidmatan kesihatan untuk pesakit seperti talian hotline; dan penilaian risiko dan penguatkuasaan lebih cekap terutamanya ke atas kilang-kilang.

Selain itu, katanya, beliau akan memberi tumpuan untuk memastikan kestabilan bekalan vaksin; mengurangkan kadar jangkitan dan kematian; serta memastikan laporan harian Covid-19 di Pulau Pinang lebih telus.

Pada 16 Julai lalu, Khairy dilaporkan melantik Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming sebagai penyelaras di Selangor untuk Operasi Lonjakan Kapasiti dalam usaha meningkatkan vaksinasi di negeri berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here