Aktiviti tanah di Bukit Tabur, ini penjelasan MB Selangor

0
1

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan tiada sebarang kelulusan diberikan bagi aktiviti tanah di Bukit Tabur, Taman Melawati di Selangor.

Menerusi kenyataan di laman Twitter, beliau memaklumkan ianya hasil daripada semakan lanjut yang dibuat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Daerah Gombak susulan tular gambar sebuah jentolak di lokasi terbabit.

“Kerja-kerja berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri Selangor dan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Anggota penguat kuasa sudah turun ke lokasi itu untuk menghentikan aktiviti berkenaan dan menyita jentera yang terbabit,” katanya dalam ciapan tersebut.

Mengulas berkenaan penguatkusaan pihak berkuasa, Amirudin berkata, PBT mempunyai keterbatasan dari segi jumlah anggota penguat kuasa dan kini tertumpu kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis dan sebagainya.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan aduan daripada orang awam dan akan terus meningkatkan tahap penguatkuasaan,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna akaun Twitter @lamkanahraf meminta penjelasan daripada Menteri Besar Selangor berhubung kehadiran pihak kontraktor di Bukit Tabur.

Dalam hantaran itu dia turut memuatnaik beberapa gambar di lokasi terbabit yang menunjukkan terdapat aktiviti pembersihan tanah di kawasan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here