PKPD: 3 lokaliti di Pahang, Sabah dan Perak

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

SEBANYAK dua lokaliti membabitkan Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 13 hingga 26 September 2021.

Ia dikuti satu lokaliti di Perak juga dikenakan PKPD bermula 12 September hingga 25 September 2021.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dan telah bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan.

Lokaliti yang dikenakan PKPD di Pahang melibatkan Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif di Mukim Bebar, Pekan serta di Sabah iaitu Taman Semarak Megah, Tawau.

Di Perak membabitkan Kampung Ulu Groh di Kampar yang dikenakan PKPD bermula esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here