Saya pegang prinsip ‘selagi belum didapati bersalah oleh mahkamah’ – Ahmad Maslan

0
1
KUALA LUMPUR, 27 Mac -- Setiausaha Agung UMNO Malaysia Datuk Seri Ahmad Maslan keluar dari Menara Dato’ Onn selepas UMNO mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi membincangkan persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang bakal berlangsung esok. 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

AHLI Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menolak dakwaan beliau tidak layak untuk menjawat jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana masih terpalit dengan ‘kluster mahkamah’.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, ini kerana beliau belum didapati bersalah oleh mahkamah kerana kes tersebut masih dalam proses perbicaraan, lapor Sinar Harian.

“Saya memegang prinsip dan garis panduan besar dalam kes-kes mahkamah iaitu ‘innocent, until proven guilty’.

“Selagi tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah, selagi itu saya layak untuk bertanding,” katanya dalam sesi Terus Terang Bersama Umno Online bertajuk Transformasi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut berhubung statusnya yang digelar ‘kluster mahkamah’, Ahmad berpandangan, jenama itu dibuat oleh pembangkang dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

Jelas beliau, bukan sahaja dirinya dan beberapa orang di pihak kerajaan terpalit dengan kluster mahkamah, malah terdapat juga individu dari pihak pembangkang turut mendapat gelaran yang sama.

“Bukan saya di pihak kerajaan sahaja yang menghadapi pertuduhan politik, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak pun berdepan tuduhan ini.

“Tapi di pihak pembangkang juga, Lim Guan Eng dan Syed Saddiq Abdul Rahman. Di sini ada persamaan, di mana kami sama-sama boleh masuk Dewan Rakyat.

“Kalau boleh masuk Parlimen, kami belum didapati bersalah,” katanya.

Dalam program tersebut, Ahmad turut mendedahkan pencalonannya bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ujarnya, pencalonan itu dibuat selepas Mesyuarat Kerja Tertinggi Umno (MKT) yang berlangsung pada Jumaat minggu lalu.

“Hari ini saya memaklumkan Perdana Menteri yang mencadangkan nama saya. Saya tidak sebarkan sebelum ini.

“Maka hari ini saya akui, saya adalah calon tunggal untuk jawatan timbalan speaker,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here