Pemberian vaksin di Langkawi dipertingkat – Dr Noor Hisham

0
1
PUTRAJAYA, 19 Jan -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 3,631 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 165,371 kes manakala sebanyak 2,944 kes telah sembuh dan terdapat 14 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 619 kes. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

POPULASI dewasa di Langkawi yang telah lengkap vaksinasi kini mencecah 88.2 peratus, manakala liputan populasi keseluruhan penduduk adalah 62.2 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peratus tersebut termasuk juga 330 penduduk yang telah menerima vaksin satu dos CanSino mulai semalam.

“Pada hari ini, sebanyak 500 dos vaksin CanSino disasarkan untuk diberikan lagi kepada golongan terpinggir yang memerlukan. Tiada siapa selamat sehingga kita semua selamat,” katanya di hantaran Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham juga berkesempatan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan LADA, Pulau Langkawi yang mula beroperasi sejak 7 Mac lalu dengan kapasiti pemberian 300 hingga 400 dos vaksin sehari.

“Selain tindakan kesihatan awam, pemberian vaksin di PPV dan aktiviti jangkau luar (outreach) Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) juga sedang dipertingkatkan dalam persiapan Pulau Langkawi sebagai projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September 2021,” ujarnya lagi.

Pada 2 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengumumkan pembukaan sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program “travel bubble” (gelembung pelancongan) berdasarkan syarat ditetapkan.

Ismail Sabri berkata sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September.

Katanya, destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here