Hampir 100% penduduk dewasa Lembah Klang lengkap vaksinasi

0
1

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia terus meningkat dengan mencatatkan sebanyak 71.3 peratus atau 16,680,780 individu lengkap divaksinasi setakat semalam.

Berdasarkan infografik dikongsi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba di laman Twitternya, peratusan bagi populasi dewasa yang sekurang-kurangnya sudah mengambil satu dos vaksin adalah 90 peratus atau 21,080,152 individu.

Secara keseluruhan jumlah dos diberikan termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos setakat semalam adalah 37,714,587 dos. 

Jumlah pemberian dos vaksin harian pula adalah sebanyak 322,346 dos membabitkan 133,861 dos satu daripada vaksin dua dos dan 188,485 dos lengkap.

Lembah Klang merekodkan hampir 100 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi iaitu 99.1 peratus, diikuti Labuan 95.8 peratus, manakala Sarawak mencatatkan 88 peratus dan Negeri Sembilan 86 peratus.

Populasi dewasa di Perlis yang lengkap vaksinasi pula hampir mencapai 80 peratus iaitu 73.2 peratus setakat semalam, manakala Sabah mencatatkan peratusan terendah iaitu 47.9 peratus. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here