PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berharap Persidangan Perniagaan Halal Sedunia 2021 (WHBC 2021), yang berlangsung hari ini akan dapat merumuskan cadangan yang mampu dilaksanakan ke arah perkembangan Industri Halal.
Harapan itu akan dizahirkan dalam perasmian persidangan berkenaan petang ini yang akan dibacakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Harapan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri agar Persidangan ini dapat merumuskan cadangan yang mampu dilaksanakan ke arah perkembangan Industri Halal.
“Persidangan hari ini menunjukkan komitmen dan kepercayaan semua pihak bahawa industri Halal terus berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pemulihan ekonomi global,” menurut Mohamed Azmin dalam ciapannya di Twitter, hari ini.
WHBC 2021 anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diadakan sepenuhnya secara maya dan dijadual akan dirasmikan secara maya pada jam 5.30 petang ini. – Malaysiapost

