PKR menerima baik ketetapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Di samping itu, usaha melengkapkan pemberimilikan 104 hektar tanah HSKLU kepada Kampung Orang Asli Busut Baru yang tertangguh sejak 2006.
Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, selain keputusan itu, tindakan kerajaan negeri mengekalkan kawasan gantian berjumlah 1,436 hektar di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga sebagai Hutan Simpan Kekal juga amat dihargai.
“Justeru, kami merakamkan penghargaan buat Menteri Besar yang terbuka menerima pandangan dari pelbagai pihak termasuk pimpinan parti, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam,” katanya.
Terdahulu, Amirudin melalui kenyataan memaklumkan, kerajaan Selangor akan memulakan proses mewartakan semula HSKLU dengan memutuskan beberapa ketetapan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.-Malaysiapost
Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/09/08/selangor-mula-proses-warta-semula-hutan-simpan-kuala-langat/

