Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Jumaat ini

0
1
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat PPV pandu lalu di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

BERKUAT KUASA Jumaat ini, pergerakan rentas daerah dibenarkan bagi kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Perkembangan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan keputusan kerajaan membenarkan ketiga-tiga kawasan itu beralih ke Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Susulan keputusan itu, Perdana Menteri berkata kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa 2 sebelum ini, seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain rentas daerah, kelonggaran yang diberikan ialah:

· Pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin dibenarkan untuk merentas negeri;

· Ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun;

· Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin; dan

· Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri sama yang melibatkan penginapan di hotel dan homestay bagi individu lengkap dua dos.

Ismail Sabri berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

“Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here