Aktiviti sukan indoor dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1 PPN

0
1

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara ketetapan yang telah diputuskan ialah:

· Membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin.

· Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin. Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) serta MKN dan akan berkuatkuasa pada 10 September 2021.

Bagi sektor perdagangan dan pengedaran, katanya, perniagaan kedai bunga/nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan dibenarkan beroperasi mulai 10 September bagi negeri-negeri Fasa 1.

“Sementara itu bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa 2 dan Fasa 3, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser, dan salon kecantikan dibenarkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here