
SEBANYAK enam lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 10 hingga 23 September 2021.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan dibuatbselepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ia termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dan telah bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan.
Lokaliti yang dikenakan PKPD adalah melibatkan dua di Putatan, Sabah iaitu Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih.
Di Pahang pula membabitkan dua lokaliti di Jerantut, Pahang iaitu Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Orang Asli Tekeh serta Felda Sungai Tekam.
Selain itu, Kampung Batu 1, Jalan Mentakab, Temerloh, dan Felda Keratong 8, Rompin, Pahang. – Malaysiapost
