JUMLAH kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia melonjak kepada 361 kes berbanding 311 semalam.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini melebihi 19,000 kes iaitu 19,163
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui data dan infografik dikongsi di Facebooknya, berkata jumlah kes sembuh baharu hari ini pula adalah 22,701, lebih tinggi berbanding kes baharu 19,733.
Ia menjadikan kumulatif kes sembuh hingga kini adalah 1,632,631 kes manakala jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia iaitu 1,900,467 kes.
Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, membabitkan 19,730 kes tempatan dan tiga kes import.
Sementara itu, jumlah kes aktif Covid-19 adalah 248,673 di seluruh negara.
Pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 904 kes dengan 430 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

