Lori rempuh kenderaan di lampu isyarat

0
1

SEBUAH lori merempuh beberapa kenderaan dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di Sentul, Kuala Lumpur, petang tadi.

Kemalangan itu dipercayai berlaku jam 2.30 petang berdasarkan rakaman kamera perakam video (dashcam) yang tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 45 saat itu memaparkan lori tanpa muatan terbabit merempuh dari belakang beberapa kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat remuk teruk manakala beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan akibat kemalangan tersebut.

Difahamkan, tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here