Suspek rogol, liwat, bunuh kerani disambung reman 6 hari

0
1
Polis Di Raja Malaysia

SUSPEK yang ditahan bagi membantu siasatan kes merogol, meliwat dan membunuh kerani wanita di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal, Pulau Pinang minggu lalu disambung reman enam hari lagi hingga 9 September ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, lapor AstroAwani.

Terdahulu suspek berusia 29 tahun yang memakai baju lokap berwarna ungu hadir ke mahkamah sambil diiringi pegawai polis kira-kira jam 9.45 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, tempoh tahanan reman selama tujuh hari suspek berakhir hari ini.

Bagaimanapun, tahanan reman itu disambung selama enam hari lagi bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dibawa untuk proses pendakwaan di mahkamah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Dalam kejadian pada 29 Ogos lalu, seorang kerani wanita berusia 40 tahun dipercayai dirogol dan diliwat dan dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan di bawah katil didalam bilik dalam keadaan tidak berbaju di rumahnya di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal.

Mangsa dilaporkan maut selepas mulutnya disumbat dengan seluar dalam dan ditekup ketika mangsa meronta selepas suspek memecah masuk rumahnya pada jam 2 pagi.

Suspek ditahan pada hari sama direman selama tujuh hari sehingga hari ini bagi siasatan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here