Pesakit kategori 3 diutamakan terima rawatan di hospital, PKRC – KJ

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini

PESAKIT Covid-19 kategori 3 yang mempunyai komorbiditi diberi keutamaan untuk ditempatkan di hospital termasuk Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata golongan yang tidak mempunyai komorbiditi dinasihatkan untuk kekal menjalani kuarantin di rumah dengan sentiasa membuat dan mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, tegas Khairy, dalam kes-kes tertentu, KKM akan memberi pengecualian khususnya kepada wanita hamil ataupun keadaan di rumah tidak mengizinkan pesakit menjalani kuarantin serta warga emas.

“Cuma untuk yang tidak bergejala atau bergejala ringan atau kategori 3 yang kita rasa tak mempunyai komoboditi, boleh jalankan kuarantin di rumah.

“Saya nak ingatkan mereka ini sentiasa menggunakan home assestment tools dalam MySejahtera,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja pertama di Negeri Sembilan selepas dilantik sebagai Menteri Kesihatan di Hospital Tampin hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan, usaha kementerian untuk mengurangkan kadar kematian berlaku di luar hospital (BID) dapat dijayakan sekiranya pesakit yang menjalani kuarantin di rumah dapat melaksanakan kawalan pemeriksaan kendiri dengan lebih serius.

Katanya, sekiranya kesihatan pesakit Covid-19 yang berada di rumah semakin merosot, sukar bernafas mahupun kadar oksigen kurang 95 peratus, mereka perlu peka dan segera menghubungi ambulan.

Media sebelum ini melaporkan KKM disaran terus memasukkan pesakit Covid-19 kategori 3 ke hospital yang dilengkapi kemudahan unit rawatan rapi (ICU) dan peralatan penting berbanding membiarkan mereka menjalani kuarantin kendiri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here