KES baharu harian Covid-19 menunjukkan penurunan sedikit hari ini dengan 19,057 kes berbanding semalam 19,378 kes semalam.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 1,824,439 kes, sejak wabak berkenaan melanda negara.
Berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di Facebook, Selangor terus mencatat kes harian tertinggi dengan 3,775 kes.
Sementara itu, tiga negeri mencatat kes melebihi 2,000 ialah Sarawak dengan 2,723 kes, Sabah 2,279 dan Johor 2,077 kes.
Ia diikuti Pulau Pinang dengan 1,558, Perak 1,450, Kelantan 1,434 kes dan Kedah – 1,329.
Sementara itu, lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kuala Lumpur dengan 711 kes, Terengganu 603, Pahang – 410, Melaka 338 dan Negeri Sembilan 242 kes.
Manakala, Perlis mencatat 99 kes, Putrajaya 18 dan Labuan hanya sembilan kes. – Malaysiapost

