Ramai dah lupa kontroversi buku Tommy Thomas – Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan semula pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menerusi buku tulisannya berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Ini kerana Ahli Parlimen Pekan itu berkata ramai yang telah lupa mengenai kontroversi tersebut yang suatu ketika pernah hangat dibincangkan termasuk desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan.

Beliau turut berkongsi pautan berita bertarikh 5 Februari 2021 ketika Pemuda Umno mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya RCI ditubuhkan segera bagi menyiasat Tommy serta perkara-perkara dibangkitkan dalam buku tulisannya.

“Saya kongsi semula berita dari bulan Februari tahun ini. Masa itu, Tommy sendiri yang dedahkan dalam buku dia.

“Sejak itu, dia tak pernah komen tentang pendedahan-pendedahan tersebut. Ramai dah lupa kontroversi masa itu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bersetuju penubuhan segera RCI bagi menyiasat segala pendedahan oleh Tommy.

Ia mengenai campur tangan politik dalam Institusi-institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan yang menjadi benteng mempertahankan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here