Ismail Sabri tampil ‘humble’ walau bergelar Perdana Menteri

0
1

WALAU kini bergelar pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap tampil ‘low profile’ serta tanpa protokol pada majlis rasmi yang dihadirinya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook ‘Sahabat Pak Long – Ismail Sabri’ hari ini, Perdana Menteri kelihatan tidak kekok mengambil makanan sendiri bersama pegawai dan anggota tentera yang lain.

Beliau dirakam berbuat demikian dalam satu majlis di Kampung Batu Bor, Bera hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera hadir menyaksikan Eksesais Para Predator Siri 1/2021 sempena lawatan kerja pertama beliau ke kawasan Parlimennya sejak dilantik Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here