Kepimpinan Ismail Sabri menepati titah pandangan Raja Melayu

0
1

KEPIMPINAN Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ‘telah bermula’ dengan menepati titah pandangan Raja-raja Melayu pada 16 Jun lalu.

Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan perkara itu kerana dua titah pandangan Raja-raja Melayu menerusi kenyataan pada 16 Jun lalu, sedang dilaksanakan oleh Perdana Menteri ke-9 berkenaan.

Katanya, ia termasuk titah pandangan yang menyebut ‘suhu politik yang semakin panas wajib diredakan’ dan ‘Pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan majoriti rakyat.’

“Pertemuan dan perbincangan PM Datuk Seri Ismail Sabri dengan ketua-ketua parti pembangkang telah kearah mencapai keredaan itu,” katanya dalam hantaran Facebook.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, kestabilan sebuah kerajaan bukanlah bererti sebuah kerajaan yang ramai menteri dan timbalan menterinya.

“Tentunya yang penting ialah mengembalikan peranan Parlimen sebagai kuasa semak dan imbang terhadap kerajaan yang mempunyai urustadbir yang baik dan telus.

“Sebaliknya sebuah kerajaan yang boleh meletakkan kepentingan rakyat, iaitu nyawa dan kehidupan rakyat, ke atas dari kepentingan dan agenda kumpulan atau golongan tertentu.

“Jauh sekali projek dan kontrak yang memanfaatkan pihak tertentu seperti menjadi tanggapan berkesinambungan terhadap sekumpulan yang berkesinambungan dalam kerajaan PH dan PN juga,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrir berkata, sepatutnya Jemaah Menteri Perikatan Nasional (PN) harus meniliti dan menerima segala pandangan dan pendapat hasil perbincangan Raja-Raja Pemerintah.

“Kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu mengariskan 7 pandangan sependapat Raja-Raja Pemerintah.

“Malangnya, Tan Sri Annuar Musa, jurucakap utama kepada kerajaan PN Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin Yassin), telah sebaliknya mempertikaikan kesahihan Penyimpan Mohor Besar untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak YdPA dan Raja-raja Melayu.

“Inilah antara usaha ‘kluster menteri’ dan Jemaah Menteri PN memperlekehkan kebijaksanaan yang terkandung dalam kenyataan media Raja-Raja Pemerintah 16 Jun 2021,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah , Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ismail Sabri memaklumkan pertemuan beliau bersama pemimpin-pemimpin pembangkang semalam tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis Covid-19.

Perdana Menteri berkata pertemuan selama lebih sejam itu turut memberi tumpuan kepada usaha menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak serta membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. – Malaysiapos

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here