Bekas ADUN Melor meninggal dunia

0
1

BEKAS ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh meninggal dunia hari ini di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Kelantan.

Berita sedih itu dikongsi Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi hantaran Facebooknya, sebentar tadi.

“Menerima berita dukacita, Ustaz Haji Wan Ismail Wan Jusoh telah meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengahari di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Kelantan,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, Allahyarham merupakan Yang Dipertua PAS Ketereh dan ADUN Melor, Kelantan selama dua penggal iaitu 1999-2004 dan 2008-2013.

“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum. Semoga Allah ampuni, rahmati, kasihi dan menempatkan ruh Almarhum bersama para solihin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here