Sultan Johor terima menghadap Ismail Sabri

0
2

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Menerusi kenyataan Facebook rasmi Sultan Ibrahim, memaklumkan pertemuan terbabit berlangsung selama lebih sejam.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

“Ismail Sabri tiba di Istana Pasir Pelangi kira-kira 10.45 pagi dan pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan Ibrahim berlangsung selama lebih sejam,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan Perdana Menteri bersama Sultan Johor juga berlangsung di Istana Pasir Pelangi.

Baginda bertitah memaklumkan menjemput Perdana Menteri bagi mempersembahkan mengenai perkembangan negara ketika ini.

“Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here