KKM nafi mesej tular kutipan sumbangan individu Malique

0
2
grafik

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan maklumat mesej yang tular berkaitan permohonan kutipan sumbangan individu bernama Malique di Aplikasi Whatssap.

KKM dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan bahawa maklumat mesej tersebut adalah palsu.

“Permohonan sumbangan oleh individu bernama Malique yang mendakwa “…we have been in touch with Hospital Selayang Covid section, they have opened a new section in the carpark area and need more than 600 units of oxygen tanks…” seperti yang tular di aplikasi Whatsapp adalah tidak benar,” menurut kenyataan itu.

Justeru, orang ramai disaran agar sentiasa berwaspada sekiranya ingin memberikan sebarang sumbangan melalui maklumat perbankan yang dinyatakan pada mesej tersebut.

“Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” katanya.

Sementara itu, menerusi Twitter Polis Diraja Malaysia turut berkongsikan kenyataan tersebut dan meminta orang ramai memastikan berita yang dikongsikan itu sahih serta rujuk pada saluran yang betul. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here