MALAYSIA terus mencatatkan kes jangkitan baharu Covid-19 melebihi angka 20,000 dengan 21,468 kes dilaporkan hari ini.
Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 1,363,683 kes.
Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 7,449 kes atau 498,741 kes kumulatif.
Enam negeri lain yang mencatat kes empat angka termasuk Kuala Lumpur 2,183 kes, Kedah 1,807, Sabah 1,654, Johor 1,485, Pulau Pinang 1,316 dan Kelantan 1,088.
Selain itu, Negeri Sembilan 974, Perak 904, Melaka 723, Sarawak 715, Pahang 572 dan Terengganu 440 kes.
Sementara, Putrajaya mencatat 66 kes, Perlis menunjukkan peningkatan tinggi dengan 50 kes berbanding 23 kes semalam dan Labuan enam kes dilaporkan.

