BEKAS Perdana Menteri, sekali lagi menyarankan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) agar membenarkan kedai makan atau gerai untuk meletakkan meja di luar premis bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Beliau berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan diminta pihak PBT boleh bertolenrasi, iaitu tanpa mengacau atau menyaman peniaga kedai makan.
Jelasnya, risiko jangkitan Covid-19 boleh dikurangkan secara drastik di ruang terbuka dan ruang yang lebih luas boleh menambah penjarakkan antara meja.
Bagaimanapun, beliau berkata, sebahagian rakyat kurang selesa dengan kelonggaran diberi kerajaan untuk membenarkan “dine-in” di beberapa negeri bagi mereka yang telah lengkap dua dos vaksin pada ketika kes baharu wabak itu masih sangat tinggi.
“Namun keputusan telah dibuat kerajaan dan kelonggaran sudah pun berkuat kuasa,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Pada 8 Ogos lalu, kerajaan membenarkan aktiviti dine in di kedai makan, restoran, club house kepada penerima dua dos lengkap vaksin berkuatkuasa selasa lalu.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun setiap pelanggan perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi yang lengkap kepada pemilik premis sebelum dibenarkan. – Malaysiapost

