Jumlah kematian mencanak, tapi kerajaan masih bersikap ‘tidak acuh’ – Asyraf

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau sedih kerana bilangan kematian akibat Covid-19 naik mencanak di negara ini.

Katanya, perasaan sedih itu bercampur-baur dengan rasa marah terhadap sikap kerajaan yang seolah-olah ‘acuh tidak acuh’ dalam membuat tindakan preventif mengekang penularan Covid-19.

“Ramai bertanya bahkan macam-macam spekulasi timbul bila saya memuat-naik status (Facebook): ‘Saya Sedih dan Marah’

“Saya sedih dan amat berdukacita kelmarin, kerana dalam tempoh tidak sampai dua minggu saya kehilangan 5 rakan sepengajian UIA akibat Covid.

“Dalam tempoh sebulan saya juga kehilangan ramai sanak saudara, kenalan dan sahabat handai,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, angka kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 11,373 kes.

“Kenapa saya marah? Saya bukan marah atas kehilangan sahabat-sahabat saya, kembalinya ke pangkuan Ilahi. Sebagai seorang mukmin kita pasrah akan takdir Ilahi.

“Saya marah kerana kerana angka kematian yang mencanak naik sehingga 11,373 orang ini, boleh kita elakkan jika Kerajaan buat ‘total lockdown’ betul-betul sejak dari awal. Berbanding negara lain, makin lama lockdown, makin tinggi pula kes Covid.

“Saya marah kerana ada suara sumbang yang memberikan alasan membandingkan negara lain lebih ramai yang mati berbanding Malaysia,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, beliau juga marah kerana dalam keadaan kes makin meningkat dengan varian baru yang lebih ganas termasuk varian Delta Plus dan varian Lambda, kelonggaran diberi kepada pengembara menjalani kuarantin kendiri.

Selain itu, katanya, tiga bulan rakyat dikurung sejak Perintak Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 namun kilang-kilang yang menjadi penyebab utama penularan virus dibenarkan beroperasi.

“Saya marah kerana Kerajaan sampai hari ini membutakan mata dan menulikan telinga akan keresahan rakyat sehingga tidak ada satupun #TuntutanRAKYAT berkaitan i-Citra RM10,000 one-off, moratorium tanpa faedah, moratorium LPPSA, tuntutan untuk naikkan jumlah BPN, BKC dll tidak dilayan,” katanya.

Semalam, kes harian Covid-19 negara kembali mencatatkan angka melebihi 20,000 apabila sebanyak 20,780 kes baharu dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,320,547 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 211 orang meninggal dunia akibat Covid-19 semalam sekali gus menjadikan kumulatif kes kematian dalam negara setakat ini seramai 11,373 orang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here