219 individu dikompaun, 60 premis ditutup ingkar SOP

0
1
kilang

PASUKAN Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, mengesan 60 premis yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan diarahkan tutup serta-merta.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata seramai 18,444 anggota telah melaksanakan 89,183 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara.

“Bagi sektor perkilangan dan premis perniagaan pemeriksaan membabitkan kilang (1,620), premis perniagaan (16,873), tapak pembinaan (467) dan asrama penempatan pekerja (166).

“Ekoran kegagalan mematuhi SOP, sebanyak 60 premis diarahkan tutup serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, seramai 219 orang dikompaun kerana ingkar SOP yang mana daripada jumlah itu 37 individu direman.

Sementara itu, beliau berkata Op Benteng bagi kawalan sempadan negara menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sembilan kenderaan darat.

“Dalam operasi tersebut, empat kapal atau bot dan empat kenderaan darat turut dikesan melalui aktiviti penglihatan.

“Manakala, sembilan kapal atau bot diusir melalui aktiviti pengusiran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here