Varian Delta buat pandemik Covid-19 seakan baru bermula

0
1

AHLI epidemiologi dan pegawai perubatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Larry Brilliant menegaskan, kemunculan varian Delta menyebabkan pandemik Covid-19 seakan baru bermula.

Malah dakwanya, varian Delta menyebabkan situasi dunia semakin tenat susulan ia virus paling teruk pernah ditemuinya.

“Saya rasa kita semua bukan lagi berada di penghujung pandemik, tetapi seakan baru bermula (dengan varian Delta).

“Kecualilah kalau kita sudah vaksinkan semua orang di setiap negara. Itupun masih ada lagi varian-varian baharu,” katanya kepada BBC baru-baru ini, memetik laporan Daily Mail.

Katanya lagi, jumlah populasi dunia yang telah ‘selamat’ diimunisasi setakat ini hanyalah kira-kira 15 peratus sahaja.

“Varian baharu ini adalah varian Delta. Ia berbeza.

“Ketika kita berkata mengenainya sebelum ini, kita belum pernah menghadapi virus yang mempunyai tempoh inkubasi selama tiga hari setengah, di mana setiap kes jangkitan menyebabkan lapan lagi individu dijangkiti dalam tempoh cepat,” tambahnya.

Bagaimanapun Dr Larry berkata, tiga jenis vaksin yang diluluskan di Amerika Syarikat iaitu Pfizer-BioNTech, Moderna dan Johnson & Johnson dipercayai sangat membantu menurunkan kadar jangkitan dan kematian akibat Delta.

Dunia kini sedang menghadapi gelombang varian Delta yang ditemui buat pertama kali di Maharastra, India pada September tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here