PM pengerusikan perjumpaan khas ketua-ketua parti dalam PN

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mempengerusikan perjumpaan khas ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Perjumpaan khas itu dilaporkan berlangsung di Aras 3, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bermula jam 5 petang.

Difahamkan, perjumpaan itu membincangkan isu politik semasa khususnya kedudukan kerajaan PN susulan keputusan Umno menarik sokongan terhadap kerajaan serta Perdana Menteri.

Media melaporkan, antara pemimpin yang hadir termasuk Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Kenderaan membawa Hamzah dilihat memasuki ke bangunan Perdana Putra pada jam 3.47 petang tadi.

Sebelum itu, kenderaan membawa Setiausaha Agung PAS dilihat memasuki pekarangan Perdana Putra jam 3.40 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here