Polis terima laporan penjualan sijil digital vaksin palsu

0
1
Polis Di Raja Malaysia

POLIS Kedah menerima satu laporan polis berhubung penularan di media sosial berkaitan isu penjualan sijil digital vaksin palsu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan polis berkenaan diterima pada jam 9.44 pagi semalam.

Katanya, susulan daripada laporan polis terbabit, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Setakat ini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan pemilikan atau penjualan sijil digital vaksin palsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpengaruh untuk memiliki sijil terbabit.

Dalam masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat di talian 04-7741275 atau MERS 999 atau Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Noorulazanni Muhammad Noor di talian 011-10318409. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here