357,981 pemberian vaksin Covid-19 semalam

0
1
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat PPV pandu lalu di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

SEBANYAK 357,981 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 25,366,211 dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 16,119,916 individu dan daripada jumlah itu, 9,246,295 individu telah terima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 68.9 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 39.5 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata, seramai 160,320 individu menerima dos pertama dan 197,661 individu lagi menerima dos kedua semalam.

Sementara itu berdasarkan infografik yang dikongsinya, Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksin tertinggi setakat ini 6,292,579 penerima dos pertama dan 3,439,272 penerima lengkap dua dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here