PARIS Saint-Germain (PSG) mengesahkan bintang Argentina, Lionel Messi menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab itu, dengan pilihan tambahan setahun, semalam.
Messi, 34, mengikat kontrak bersama PSG setelah kontrak sebagai kapten Argentina di Barcelona berakhir awal musim panas ini, lapor ESPN.
“Saya teruja untuk memulakan babak baru dalam karier saya di Paris Saint-Germain.
“Segala-galanya mengenai kelab sesuai dengan cita-cita bola sepak saya. Saya tahu betapa berbakatnya skuad dan staf pelatih di sini.
“Saya bertekad untuk membantu membina sesuatu yang istimewa untuk kelab dan peminat, dan saya tidak sabar untuk melangkah ke padang di Parc des Princes, “kata Messi dalam satu kenyataan.
Messi akan menggunakan nombor 30 pada jersinya seperti didedahkan PSG menerusi rakaman video, nombor sama yang digunakannya ketika memulakan karier profesional bersama Barcelona antara 2004 hingga 2006.
Pemenang enam kali Ballon d’Or itu akan menyertai Neymar dan Kylian Mbappe dalam jentera serangan PSG. – Malaysiapost

